aBaNg FZ (1) aBaNg gEn2 (3) aBaNg WaJa (1) aBaNg yAmAhA (6) aCaRa (17) aGaMa (7) aKtiViTi (70) anakBUAH (5) aRtIs (5) bEbAs (10) berangan (4) birtHdAy (5) bISNeS (8) bUdAk2 (5) cEmmAh (73) Clearance Sale (2) contest (9) dAPUr (4) eMoSi (67) fAiQ (13) fAMiLy (26) fArIsHa (6) fArOuQ (23) GeDiK2 QuIz (6) GiVeAwAy. (9) haiwantomeii (5) harta benda (1) hartabenda (1) hijau (3) homesweethome (35) husband (28) i love green (4) jalan2 (22) KaRtUn (8) KeRjA (7) kOlEkSi (12) LAngKAWI (6) Lipstik (3) LiRiK (15) mAkAn (44) makanan (17) mancing (2) mEnu (5) mErEpEk (26) MiMpi (5) MoViE (1) MY LOVE (21) NaiLa (5) NeGeRi (1) pOkOk (2) POU (1) Review (2) rumahsewa (1) sErAm (5) susunAtur (1) tEmAN (22) teratak kami (1) tUdUnG (2) tUmBuHaN (8) tuPPerWaRE (3) tUxEdO (5) USS (4) viDeO (13) wArKaH (3) wordless wednesday (5)

Saturday, April 17, 2010

saya rindu kamu, SEREMBAN..


bila hati terasa sayu..

aku mula terkenang tempat lahir aku, tempat aku dilahirkan..ye..aku lahir di seremban, hospital besar seremban..tetapi aku membesar di beberapa daerah di negeri sembilan..

bila hati merindui umi ayah..

aku mula gelisah nak balik seremban, rumah umi ayah aku yang sekarang tiada berpenghuni..rumah yang dulu penuh dengan hilai tawa ahli keluarga, kini dipenuhi habuk serta debu..rumah yang dulu menjadi rujukan penduduk taman yang datang meminta cop dari pegawai atasan, kini hanya dipandang sinis oleh jiran-jiran..

bila hati terasa kosong..

aku mula teringat akan city park, dimana tempat aku menghabiskan sisa-sisa masa setiap petang..melihat keletah ikan-ikan yang menggelupur berebutkan secebis roti dari manusia..melihat anak kecil ketawa riang bermain layang-layang..melihat manusia-manusia bermandi peluh akibat senaman joging..aku?aku hanya duduk disatu sudut sambil merenung keletah puluhan manusia, hatiku tercuit riang..

bila hati terkenang seseorang..

aku mula kalut nak pergi lake garden..ya..tiada apa-apa kenangan pun disitu, tapi aku suka habiskan masa disitu..duduk dibawah pepohonan rendang..sambil cuba tenangkan hati yang resah..dari zohor bawak ke asar aku lihat kerenah manusia, jalan raya yang dipenuhi kenderaan pelbagai saiz..terdengar sayup-sayup azan dari masjid negeri..jiwa terasa tenang...lalu pergi mengabdikan diri kepada Ilahi...

....................................................aku rindu masa silam aku
SEREMBAN, aku rindu kamu...........................................

.:TAMAT:.

2 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

l0lly wendu kelantannnnnnnnnnnnn !

.:cEmmAh:. said...

miss lolly:

jom kelik kelate...^.^