aBaNg FZ (1) aBaNg gEn2 (3) aBaNg WaJa (1) aBaNg yAmAhA (6) aCaRa (17) aGaMa (7) aKtiViTi (70) anakBUAH (5) aRtIs (5) bEbAs (10) berangan (4) birtHdAy (5) bISNeS (8) bUdAk2 (5) cEmmAh (73) Clearance Sale (2) contest (9) dAPUr (4) eMoSi (67) fAiQ (13) fAMiLy (26) fArIsHa (6) fArOuQ (23) GeDiK2 QuIz (6) GiVeAwAy. (9) haiwantomeii (5) harta benda (1) hartabenda (1) hijau (3) homesweethome (35) husband (28) i love green (4) jalan2 (22) KaRtUn (8) KeRjA (7) kOlEkSi (12) LAngKAWI (6) Lipstik (3) LiRiK (15) mAkAn (44) makanan (17) mancing (2) mEnu (5) mErEpEk (26) MiMpi (5) MoViE (1) MY LOVE (21) NaiLa (5) NeGeRi (1) pOkOk (2) POU (1) Review (2) rumahsewa (1) sErAm (5) susunAtur (1) tEmAN (22) teratak kami (1) tUdUnG (2) tUmBuHaN (8) tuPPerWaRE (3) tUxEdO (5) USS (4) viDeO (13) wArKaH (3) wordless wednesday (5)

Saturday, October 28, 2017

PART 1 : Jalan-Jalan ke USS

Assalamualaikum dan Selamat Pagi uolssss

Haaaaa ni entry tertunda dan tertunggak..eh sama kot!!

Whatever..

11 Oktober lepas, kami dengan laki kami pergi Universal Studio Singapore atau dengan mudah sebutannya USS..punyalah lama laki kami duk berzikir...

"nak USS nak USS nak USS"

akhirnya dikabulkan juga...makan tahun jugaklah mengidam nak pegi USS tu..dari tahun 2013 😄

Seronok ye abam samsul dapat pegi USS?

OK..punyalah banyak kami study pasal nak ke USS ni...

Niatnya nak naik keretapi dari KL Sentral ke Woodlands...lepas tu pandai-pandailah nanti naik MRT ke Pulau Sentosa...tapi sekarang dah takde keretapi direct tuh...

Kata cik ke puan ke ntah yang jaga kaunter tuh, kena naik ETS dari KL Sentral ke Gemas..pastu Gemas naik keretapi sampai Johor Bahru...dari Johor Bahru naik keretapi ke Woodlands...

Nampak tak kesusahpayahan disitu..buang masa buang tenaga dan buang duit yang dapat penat...So option ini cancel!!!

Next study naik bas pulak..

Kami rancang taknak book hotel, tidur dalam bas sahaja...ohhh lupa pulak nak bagitahu, ini percutian bajet ye..huhuhu

Pakej dari KL ke USS memang ada..paling cun kami dapat RM350 per person termasuk tiket bas pergi balik, tiket USS dan sarapan...tapi jadualnya hari minggulah (sabtu)..tapi dah lost pulak contact personnya..

Kami bincang dengan laki kami..memandangkan kami dengan beliau free and easy jadi apakata kita pergi weekdays takdelah ramai orang...ramai-ramai ni serabut...laki kami kata OK...

Jadi secara ringkasnya kami pilih hari Rabu 11 Oktober 2017 pandu sendiri ke Johor Bahru stay 1 malam di Tune Hotel dan ambil pakej dengan Syoknya Travel untuk ke USS...terlebih sikitlah kosnya dari naik bas kan...

Kami gerak dari Shah Alam ke Tune Hotel Danga Bay pukul 2 pagi..kitorang memang takde pengalaman ke Johor Bahru..jadi nak setting masa pun tak berapa pandai...harapkan wazelah..

Tapi sebab laki kami kata dekat highway jalan tak masuk simpang buat apa pasang waze...so tutuplah waze tu bila sampai tol skudai baru ON balik...beliau memandu dengan sangat berhemah sampai kami tertidur....

Laki kami berhenti dekat Hentian Pagoh sebab sakit perut..masa tuh pukul 5 pagi...masa duk tunggu laki kami melabur..kami pun ON waze..Estimate Time pukul 7.15 sampai Tune Hotel...mampuihhh!!! 

Orang Syoknya Travel tunggu kat Tune Hotel jam 7 pagi..cemas weh!!!!Dalam 20 minit lepas tuh laki kami datang kat kereta dengan selamba ajak minum-minum dulu....SABAR jela

Dipendekkan cerita dari Shah Alam ke Pagoh 90km/j...dari Pagoh ke Skudai 170km/j...dari Skudai ke Tune hotel 80km/j...sampai Tune Hotel 7.15 pagi...nasib bas lewat, kalau sampai awal selamat tinggal lah jawabnya...haruuuuuuu weh

Geng bas sekolah ke USS

Masa nih mood dah kelaut..dengan lapar tak sempat sarapan..dengan tak sempat mandi..nasib mandi jam 1 pagi sebelum bertolak ke Johor....Naik bas pulak sejuk beku...haduiiiiii...

Pengalaman kan...

Dah siap sesi cop mengecop passport, dalam perjalanan ke Pulau Sentosa tuh kami alas lah perut dengan roti yang memang dah standby dalam beg...habis makan lelap sekejap ambil tenaga...

Sampai Pulau Sentosa bermulalah pertualangan kami di USS......bersambung

No comments: