aBaNg FZ (1) aBaNg gEn2 (3) aBaNg WaJa (1) aBaNg yAmAhA (6) aCaRa (17) aGaMa (7) aKtiViTi (70) anakBUAH (5) aRtIs (5) bEbAs (10) berangan (4) birtHdAy (5) bISNeS (8) bUdAk2 (5) cEmmAh (73) Clearance Sale (2) contest (9) dAPUr (4) eMoSi (67) fAiQ (13) fAMiLy (26) fArIsHa (6) fArOuQ (23) GeDiK2 QuIz (6) GiVeAwAy. (9) haiwantomeii (5) harta benda (1) hartabenda (1) hijau (3) homesweethome (35) husband (28) i love green (4) jalan2 (22) KaRtUn (8) KeRjA (7) kOlEkSi (12) LAngKAWI (6) Lipstik (3) LiRiK (15) mAkAn (44) makanan (17) mancing (2) mEnu (5) mErEpEk (26) MiMpi (5) MoViE (1) MY LOVE (21) NaiLa (5) NeGeRi (1) pOkOk (2) POU (1) Review (2) rumahsewa (1) sErAm (5) susunAtur (1) tEmAN (22) teratak kami (1) tUdUnG (2) tUmBuHaN (8) tuPPerWaRE (3) tUxEdO (5) USS (4) viDeO (13) wArKaH (3) wordless wednesday (5)

Saturday, October 28, 2017

PART 3 : Tune Hotel Danga Bay

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Sambungan....

Pukul 6 petang dah janji dengan Uncle yang bawak kami ke USS dari Tune Hotel pagi tadi tuh...Disebabkan kumpulan kami kecil sahaja jumlahnya maka mudah perjalanan pulang kami...

Dari Pulau Sentosa ke Tune Hotel ambil masa lebih kurang 1 jam lebih..campur dengan jemnya pastu ramai nak cop passport...

Sampai Tune Hotel kami check-in...hotel dah booked seminggu awal...kami booking dengan Traveloka...masa tuh promosi untuk double room RM60.75 sahaja semalam...kalau ikut harga sebenar RM90 semalam...

Gambar semuanya ehsan dari Pak Google...kami dah malas nak pegang kamera hatta handphone sekalipun..


ini gambar keseluruhan Tune Hotel ni...malam-malam agak sunyi la walaupun depan-depan tuh ada kedai dan hotel


buka pintu macam biasalah kena letak kad dekat slot tuh..baru ada bekalan elektrik

haaaaa..pintu kaca tuh toilet...


Sangat selesa dan bersih


view untuk double room..kecil je..nak solat pun sempit..kiblat kalau menegak ke tingkap takpe jugak..tapi menyenget ke bucu...tapi apalah yang susahnya..tolak aje katil ke tepi dinding dan solatlah seselesa yang boleh...jangan dirumitkan benda yang tak rumit...done dakwah!!


ada meja boleh pusing 180°...atas tuh boleh sangkut baju..hanger ada disediakan..pun bole pusing 180°


Lepas dah check-in kami angkat beg masuk bilik lepastuh mandi-manda solat pastu keluar cari makan...kami pun tak tahu kat mana..nampak tempat makan, makan je sebab badan dah penat dah malas nak fikir apa...Habis makan balik bilik......tidur...

Subuh awal yer di Johor...bersambung

No comments: