aBaNg FZ (1) aBaNg gEn2 (3) aBaNg WaJa (1) aBaNg yAmAhA (6) aCaRa (17) aGaMa (7) aKtiViTi (70) anakBUAH (5) aRtIs (5) bEbAs (10) berangan (4) birtHdAy (5) bISNeS (8) bUdAk2 (5) cEmmAh (73) Clearance Sale (2) contest (9) dAPUr (4) eMoSi (67) fAiQ (13) fAMiLy (26) fArIsHa (6) fArOuQ (23) GeDiK2 QuIz (6) GiVeAwAy. (9) haiwantomeii (5) harta benda (1) hartabenda (1) hijau (3) homesweethome (35) husband (28) i love green (4) jalan2 (22) KaRtUn (8) KeRjA (7) kOlEkSi (12) LAngKAWI (6) Lipstik (3) LiRiK (15) mAkAn (44) makanan (17) mancing (2) mEnu (5) mErEpEk (26) MiMpi (5) MoViE (1) MY LOVE (21) NaiLa (5) NeGeRi (1) pOkOk (2) POU (1) Review (2) rumahsewa (1) sErAm (5) susunAtur (1) tEmAN (22) teratak kami (1) tUdUnG (2) tUmBuHaN (8) tuPPerWaRE (3) tUxEdO (5) USS (4) viDeO (13) wArKaH (3) wordless wednesday (5)

Monday, November 13, 2017

MENU : KARI SOTONG

Hai...Assalamualaikum..

Hari ni kami masak Kari Sotong..entri ni siap tulis tengah malam, jangan pulak anggap kami masak tengah malam ye

kari sotong cara saya...gitchuuuu

BAHAN2 : Kari Sotong cara saya untuk 2 orang makan

1 ekor sotong saiz besar
10 biji bebola ikan
2 papan kek ikan
4 biji bawang merah 
2 biji bawang putih 
1/2" halia
4 sekawan
2 pelepah daun kari
4 sudu makan serbuk kari 
2 sudu makan serbuk cili 
1 1/2 cawan santan
1 biji tomato
1 biji cili merah

CARA2 : Kari Sotong cara saya untuk 2 orang makan

  1. Potong 4 sotong (sotong besar sangat tak muat kuali), potong 2 bebola ikan dan potong kek ikan (takkan nak masuk panjang2 kan)
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia
  3. Tumis bahan tumbuk tadi, masukkan 4 sekawan dan daun kari sampai naik bau
  4. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili kedalam bahan tumisan bersama sedikit santan
  5. Apabila sudah pecah minyak, masukan lebihan santan tadi..Kacau sekejap-sekejap takut santan berketul
  6. Bila dah mendidih, masukkan bebola ikan, kek ikan dan sotong
  7. Kemudian masukkan tomato (potong 8 tau ) dan cili merah yang dibelah dua (tak nak belah pon xpe..
  8. Siap...oppss jangan lupa perasakan dengan garam dan gula..haaaa lagi satu, kami letak asam keping...
Jemput makan...


No comments: