aBaNg FZ (1) aBaNg gEn2 (3) aBaNg WaJa (1) aBaNg yAmAhA (6) aCaRa (17) aGaMa (7) aKtiViTi (70) anakBUAH (5) aRtIs (5) bEbAs (10) berangan (4) birtHdAy (5) bISNeS (8) bUdAk2 (5) cEmmAh (73) Clearance Sale (2) contest (9) dAPUr (4) eMoSi (67) fAiQ (13) fAMiLy (26) fArIsHa (6) fArOuQ (23) GeDiK2 QuIz (6) GiVeAwAy. (9) haiwantomeii (5) harta benda (1) hartabenda (1) hijau (3) homesweethome (35) husband (28) i love green (4) jalan2 (22) KaRtUn (8) KeRjA (7) kOlEkSi (12) LAngKAWI (6) Lipstik (3) LiRiK (15) mAkAn (44) makanan (17) mancing (2) mEnu (5) mErEpEk (26) MiMpi (5) MoViE (1) MY LOVE (21) NaiLa (5) NeGeRi (1) pOkOk (2) POU (1) Review (2) rumahsewa (1) sErAm (5) susunAtur (1) tEmAN (22) teratak kami (1) tUdUnG (2) tUmBuHaN (8) tuPPerWaRE (3) tUxEdO (5) USS (4) viDeO (13) wArKaH (3) wordless wednesday (5)

Monday, March 15, 2010

.:AkTiViTi viii:.


tarikh : 14 mac 2010
masa : 11 pagi - 3 petang
tempat : jln melati, KL..
majlis : kenduri sepupu belah lelaki
....................................................................................

pukul 11 pagi..family aku yakni ayah, umi, budin, along, abg mie, farouq and aku gerak dari rumah along yang kat puncak jalil tuh..kitorang gerak pergi stesen petronas lepas tol sg besi, tunggu pulak family2 yang ada kat n9 tuh datang..

sementara tunggu mereka2 tuh sampai..kitorang lepak2 sembang luar kereta sambil ambil gambar 2,3 keping..ngeh..gambar aku xde..
bila kereta2 yang ditunggu tiba, kitorang pun geraklah pergi rumah mertua sepupu aku kat keramat...sementara tunggu pengantin siap, tuan rumah jamu kitorang nasi impit serta kuih muih..ngah syok2 makan, tiba2..

"kato jatoh motor, den tengok xdo apo2 pun"

cis..macam mana dia boleh tau nih...buat2 pekak je la hasma..

"weh, kato jatoh motor, den tengok xdo apo2 pun"

semua orang dah pandang aku dah..sebab yang tukang sibuk perli tuh duk perhati aku je..orang nih memang suka cari bahan dengan aku..ada je nak perli2 aku..nak tau sapa??..pakcik aku a.k.a adik mak aku yang dah murtad kelantan..loghat n9 dia lagi pekat dari loghat kelantan..asal datang umah aku, cari pasal ngan aku..

"orang jatuh bergaya, mana main luka2"

"eleh, ko sajo kan nak omak ko datang sini"

"eh, umi memang nak datang sini e.."

"den ingatkan patah kaki tangan ko hapo ko"

mula tunjuk keprihatinan beliau secara tiba2..itulah dia, adik bongsu mak aku..POKCIK LAH

pengantin dah siap solek2, kitorang pun geraklah pergi dewan tempat nak sanding tuh..dekat kondo planium..sampai2 dewan, mulalah bunyi kompang..penyambut tetamu semua keluar ah sambut..yang tukang sambut tetamu tuh pelawa mak ayah aku makan kat meja pengantin..

tengok..sian mak ayah aku..kitorang dah makan, dorang xbuleh makan lagi..kena tunggu pengantin habis bersanding..baru buleh makan..yang mak ayah aku nih pulak nak cepat, nak balik KB..sabar je la..
time makan...ngee...

sebelum balik..ambil gambar dengan pengantin..sepupu aku pengantin perempuan tuh..

..semoga berkekalan ke anak cucu..
..............................................................................................

pergi naik kereta ayah..balik naik kereta along..tengah duk leka menung2 sambil dengar lagu dalam kereta..shazrina kol..aku amat xsuka nak jawab kol dalam kereta..tapi aku jawab jugak..member kol tuh..

cemmah : hah shaz, ada ape?

shaz : ko watpe mah?

cemmah : aku dalam kereta nih, nape?

shaz : ko dalam kereta, nak pergi mana?

cemmah : aku kenduri tadi, nak balik dah nih..asal?

shaz : ain suruh ko kol dia..dia nak mitak tolong..

cemmah : tolong ape?

shaz : ntah, ko kol lah dia..

cemmah : hah, ye la..bai

cek kredit dulu sebelum kol..RM 6.23..ok lah, kol je la..kan pelik, nak mitak tolong tapi suruh orang kol..pedulik kan..

cemmah : hello ain..amendenya nak tolong ape?

ain : .........................................................

cemmah : ho yeke..

ain : .......................................

cemmah : xpe la nati aku dah sampai umah aku pikir balik k..

ain : kita mitak tolong sangat2 nih hasma tau..

serious, aku xdengar ape dia cakap..yang aku dengar "nak pinjam duit"..radio dalam kereta kuat sangat nak2 aku duk belakang, speaker dekat telinga..

sampai rumah dalam kol 3.30 petang, aku solat pastuh lepak tengok tv cerita senario lagi..ngah ralit tengok tv, hp aku bunyi..hadoii..lemah betul kol2 nih..

ain : hasma, ko dah dekat umah ke?

cemmah : aah, baru sampai nih..jap2 lagi lepas asar k

ain : ha, mesej je la ek, ko balas lah mesej kita..

aikk??dia ada mesej ke?belek2 tengok ada mesej si ain nih..napa aku xperasan?

tengah sibuk2 layan mesej ain nih, member uitm aku mesej ajak jenjalan..aku ok je..lepas asar nak g jenjalan...dalam 5 lebey member aku datang umah jempot aku..kitorang g subang jaya..alih2 aku lupa nak bank in duit ke ain..aku jadi serabot, member aku pun ikut kalut serabot jugak..huuuu...

p/s - apa etika bagi peminjam dengan tukang pinjam?

p/s/ i - lambat aku balik rumah gara2 teman member aku buat rebonding..cis..

.:TAMAT:.

4 comments:

ira said...

tukang pinjam tambah hutang..peminjam kurang witnye..hihihi..

.:cEmmAh:. said...

peminjam bayo utang, akaun tukang pinjam bertambah kembali..maka,akaun peminjam bekurangan..hmm..akaun ko cane ira?imbang x?

Unknown said...

hahahahahaah,,,,special thanks to cemah,,berjya mndapatkan maybank...hehe... ak???? dpt marah pule.....hu

.:cEmmAh:. said...

shaz:

CIMB ah, bukan maybank..sampai taipan sana baru jumpa CIMB..siot je..padahal petronas umah aku ada mesin CIMB tuh