aBaNg FZ (1) aBaNg gEn2 (3) aBaNg WaJa (1) aBaNg yAmAhA (6) aCaRa (17) aGaMa (7) aKtiViTi (70) anakBUAH (5) aRtIs (5) bEbAs (10) berangan (4) birtHdAy (5) bISNeS (8) bUdAk2 (5) cEmmAh (73) Clearance Sale (2) contest (9) dAPUr (4) eMoSi (67) fAiQ (13) fAMiLy (26) fArIsHa (6) fArOuQ (23) GeDiK2 QuIz (6) GiVeAwAy. (9) haiwantomeii (5) harta benda (1) hartabenda (1) hijau (3) homesweethome (35) husband (28) i love green (4) jalan2 (22) KaRtUn (8) KeRjA (7) kOlEkSi (12) LAngKAWI (6) Lipstik (3) LiRiK (15) mAkAn (44) makanan (17) mancing (2) mEnu (5) mErEpEk (26) MiMpi (5) MoViE (1) MY LOVE (21) NaiLa (5) NeGeRi (1) pOkOk (2) POU (1) Review (2) rumahsewa (1) sErAm (5) susunAtur (1) tEmAN (22) teratak kami (1) tUdUnG (2) tUmBuHaN (8) tuPPerWaRE (3) tUxEdO (5) USS (4) viDeO (13) wArKaH (3) wordless wednesday (5)

Friday, June 28, 2013

DEKORASI : ruang dobi dan stor

Assalamualaikum dan salam Jumaat...

Dah lama kami tak cerita pasal dekorasi...tapi hari nih kami nak cerita....kami punya hasil deko takde lah cun sangat pun, berterabur jeeee.....tapi kami suka jugak kongsikan dekat belog nih...tujuannya untuk ingatan kami masa hadapan...bukan atas niat menunjuk tau....tak baik tunjuk2 nanti jadi riak!!!


Ruang dobi dan stor nih terletak dibahagian belakang dapur....owner lama rumah nih, dah buat simen dari dapur ke pintu pagar belakang....memang dorang buat ruang dobi juga...sebab ada sisa tali penyidai dan paip untuk mesin basuh...

Cuma dorang hanya simen biasa je lantainya...bukan mozek....jadi itu tugas kamilah nak mozekkannya...tapi itu akan datang punya hal la....sekarang kumpul money dulu.....berangan tau!!

Ok, pintu dapur ditengah tengah diantara tempat sidai dan tempat letaknya mesin basuh kami...kalau kami berdiri dekat pintu


Belah kanan mesin basuh...


Belah kiri tempat sidai....


Sebelah mesin basuh, kami beli rak untuk letak dapur masak....tapi kami tak letak dapur masak, kami letak barang barang macam baldi, besen, getah paip, barang tukang.....satu tipuware untuk letak sabun 5kg, softlan, clorox, ridsect letak kat rak tuh jugak....air zamzam pon kami letak situ, nampak tak 2 bekas air tuh?itu ler air zamzam kami bawak balik dari Makkah tahun lepas


Berhadapan mesin basuh tuh kami letak penyapu, mop, bulu ayam, tangga, tong cat....nampak serabut sikit tapi selesa la mata memandang...mata kami la mata orang lain tak tau la....

Haaaa.....dalam kepala hotak kami nih macam macam idea ada nak deko kat situ, tapi bajet takde....jadi ini aje yang kami boleh buat.....takde duit haruslah duduk diam sajeeeee

Ehhhh cantik tak pokok bunga kami tuh?ala yang nih......


Cantik kan?...


End

No comments: