aBaNg FZ (1) aBaNg gEn2 (3) aBaNg yAmAhA (6) aCaRa (17) aGaMa (7) aKtiViTi (69) anakBUAH (5) aRtIs (5) bEbAs (9) berangan (4) birtHdAy (5) bISNeS (2) bUdAk2 (5) cEmmAh (71) contest (9) dAPUr (4) eMoSi (68) fAiQ (13) fAMiLy (26) fArIsHa (6) fArOuQ (23) GeDiK2 QuIz (6) GiVeAwAy. (7) haiwantomeii (5) harta benda (1) hartabenda (1) hijau (3) homesweethome (35) husband (21) i love green (4) jalan2 (17) KaRtUn (8) KeRjA (7) kOlEkSi (12) LAngKAWI (6) LiRiK (15) mAkAn (39) makanan (12) mancing (2) mEnu (2) mErEpEk (26) MiMpi (5) MoViE (1) MY LOVE (21) NaiLa (5) NeGeRi (1) pOkOk (2) POU (1) rumahsewa (1) sErAm (5) susunAtur (1) tEmAN (23) teratak kami (1) tUdUnG (2) tUmBuHaN (8) tuPPerWaRE (3) tUxEdO (5) viDeO (13) wArKaH (3) wordless wednesday (5)

Thursday, June 6, 2013

amalan bulan rejab

haa..........arini kami datang kerja memang untuk update belog aje......sorry boss

memandangkan dah nak habis bulan rejab nih, kami nak sharelah cerita bulan rejab kami.....selalunya ramai orang akan berpuasa pada bulan rejab....kami pun puasa....alhamdulilah kami dapat 15 hari puasa rejab....

kami ada baca nih, kami copy paste je.......



Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


..........................................................................


End

No comments: